Friday, June 8, 2012

Sorotan Kejohanan Futsal 2010


MENGIMBAS kembali Kelab Sukan dan Rekreasi telah mengadakan telah mengadakan Kejohanan Futsal pada 18 April 2010 bertempat di Gelangang Futsal Tanjung Purun W.P Labuan. Kejohanan ini telah diadakan selama sehari iaitu mulai jam 2.00 petang sehingga 6.00 petang. Kejohan ini disertai SKPP, SPA, SPS, SPM, SPPK serta Pusat Ko dan pasukan Jemputan dari KTBM sekolah. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran ketika itu En Mohamad Zaki . Sebagai simbolik perasmian En Mohamad Zaki telah melakukan sepakan penalti dan penjaga gol ketika itu   ialah  Rayner Minsin. 
Selepas perasmian diadakan, perlawanan persahabatan antara pasukan pemandu bertemu pasukan pilihan  pengarah telah diadakan. Pasukan pilihan terdiri dari Encik Mohammad Zaki, Samsuddin, Nuzie, Julaily dan Ag Martin manakala pasukan pemandu terdiri daripada Hj Rajak, Roslan, Frederik, Hazmi dan Said. (gambar kanan, perebutan bola antara En. Mohammad Zaki dan Frederik). Pasukan Pusat Ko telah menjuarai kejohanan Futsal 2010 manakala Julaily Simon dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam kejohanan tersebut. Syabas kepada semua yang terlibat. Semoga kejayaan julung-julung kalinya yang diadakan ini menjadi transformasi dan inspirasi kepada kejohanan yang akan datang. (gambar bawah Julaily Simon (Pusat Ko) dinobatkan sebagai pemain terbaik)


Azman cuba melepasi benteng pemain SKPP

Terselamat pintu gol aku.. Erwin menyelamatkan gawang SKPP dari dibolosi pemain SPM/SPA

Antara aksi Mohamad Rahmat Omar (SKPP)

Kita main dekat jer .. Mohd Salekhan (mantan KS SKPP) 

Album kenangan SKPP vs SPM/SPA

Hj Rajak cuba melepasi halangan semasa pertemuan SKPP (B) bertemu Pusat Ko

Bolos akhirnya... Bendry (SPA/SPPK) berjaya menjaringkan gol menewaskan penjaga gol Erwin (SKPP) 

Pemain Pusat Ko mencuba untuk jaringkan gol semasa pertemuan dengan SPA/SPM

Antara barisan urusetia kejohanan Futsal 2010

Pasukan SKPP (A) vs Pasukan SPM/SPA

Pasukan SKPP (B) vs Pusat Ko
Pasukan SPM/SPA vs Pusat KO

Kehadiran Encik Mohamad Zaki bersama Isteri semasa kejohanan dilangsungkan

Perlawanan persahabatan antara pasukan pemandu vs Pasukan Pengarah (pilihan)

Antara aksi semasa perlawanan persahabatan 

Encik Mohamad Zaki memberikan cenderahati kepada pengadil (Encik Zulkifli Pabin, SK Rancha-Rancha)

Encik Mohamad Zaki memberikan cenderahati kepada pengadil (Encik Ag Zain, SK Tg Aru)

No comments: