BAGI persediaan Kejohanan Badminton Kelab Sukan & Rekreasi pada 16 dan 17 Jun 2012 akan datang, pasukan-pasukan yang akan bertanding sedang giat berlatih bagi menghadapi kejohanan tersebut. Sepanjang latihan yang sedang dijalankan tumpuan utama pemain ialah cara-cara mengambil servis. Ini kerana dalam pertandingan, pengadilan terhadap service akan diambil kira mengikut peraturan yang sedia ada dalam BWF.
Berikut adalah peraturan servis :
1. Kepala raket tidak boleh Iebih tinggi dari pinggang,
2. Bulu tangkis dalam keadaan dipegang,
3. Kaki tidak bergerak mendahului gerakan memukul bulu tangkis.
4. Penerima servis akan fault bila bergerak sebelum lawan melakukan servis.
5. Bulu tangkis juga menjadi mati bila terpukul dua kali,
6. Gagal melepasi jarring,
7. Mendarat di luar gelanggang,
8. Raket melewati atas net atau menyentuh net....
Frederik sedang cuba mempelajari cara servis bola dengan betul
Hj Razak sedang menanti servis dari Arief
Mohamad Rahmat bersedia untuk melakukan servis. Beliau merupakan Naib Juara pada kejohanan Badminton tahun 2010 bersama regunya Sawal.
Aksi bergaya Ramlli ketika melakukan servis
Jeff memerhatikan raketnya dan mungkin raket inilah yang akan membawa pasukannya ke perlawanan akhir.
Sedang memikirkan apakah strategi yang akan diguna pakai semasa pertandingan
Perbincangan bersama regu (Haris dan Arief) sambil diberi kata-kata perangsang dari Faizal
Letih selepas latihan dijalankan..
No comments:
Post a Comment