Tuesday, June 12, 2012

Latihan Badminton



BAGI persediaan Kejohanan Badminton Kelab Sukan & Rekreasi pada 16 dan 17 Jun 2012 akan datang, pasukan-pasukan yang akan bertanding sedang giat berlatih bagi menghadapi kejohanan tersebut. Sepanjang latihan yang sedang dijalankan tumpuan utama pemain ialah cara-cara mengambil servis. Ini kerana dalam pertandingan, pengadilan terhadap service akan diambil kira mengikut peraturan yang sedia ada dalam BWF.

Berikut adalah peraturan servis :



1. Kepala raket tidak boleh Iebih tinggi dari pinggang,

2. Bulu tangkis dalam keadaan dipegang,

3. Kaki tidak bergerak mendahului gerakan memukul bulu tangkis.

4. Penerima servis akan fault bila bergerak sebelum lawan melakukan servis.

5. Bulu tangkis juga menjadi mati bila terpukul dua kali,

6. Gagal melepasi jarring,

7. Mendarat di luar gelanggang,

8. Raket melewati atas net atau menyentuh net....

 
Frederik sedang cuba mempelajari cara servis bola dengan betul

Hj Razak sedang menanti servis dari Arief

Mohamad Rahmat bersedia untuk melakukan servis. Beliau merupakan Naib Juara pada kejohanan Badminton tahun 2010 bersama regunya Sawal.

Aksi bergaya Ramlli ketika melakukan servis

Jeff memerhatikan raketnya dan mungkin raket inilah yang akan membawa pasukannya ke perlawanan akhir.

Sedang memikirkan apakah strategi yang akan diguna pakai semasa pertandingan

Perbincangan bersama regu (Haris dan Arief) sambil diberi kata-kata perangsang dari Faizal

Letih selepas latihan dijalankan..

Persahabatan Sabahhawks vs QPR



BAGAIKAN mimpi!. Pengendali Sabah, Justin Ganai tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya apabila mengesahkan kunjungan Queens Park Rangers (QPR) dalam Jelajah Pra-musim pada 18 Julai nanti.

Seakan tidak percaya Pengerusi kelab QPR, Tan Sri Tony Fernandes memilih Sabahawks sebagai destinasi Jelajah Asia selepas Thailand, Justin menyifatkan perlawanan persahabatan dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sebagai satu penghargaan buat seluruh rakyat Negeri Di Bawah Bayu.

"Setiausaha Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) semalam (Khamis) telah mengadakan perbincangan selepas menerima surat tawaran daripada Kelab QPR dan kami sudahpun menerima tawaran tersebut secara lisan.

"Seluruh rakyat Sabah juga turut berterima kasih kepada Tony Fernandes serta tidak sabar untuk menanti kunjungan mereka. Malah saya juga juga sudah menerima beberapa tempahan tiket daripada penyokong tempatan meskipun harganya belum ditentukan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Tidak menyasarkan sebarang kemenangan berikutan sedar jurang dengan pelawat sangat besar, Justin bagaimanapun mahu menggunakan peluang keemasan beraksi dengan pasukan yang berada di tangga ke-17 EPL itu untuk menimba pengalaman dan juga mempelajari corak permainan anak buah Mark Hughes itu.

Sabah pernah menerima kunjungan kelab gergasi EPL, Manchester United pada tahun 1980 dalam satu perlawanan persahabatan. Perlawanan tersebut menyaksikan United menewaskan pilihan Sabah dengan jaringan 0-2.. sumber sinar harian..

Monday, June 11, 2012

Mesyuarat AJK Tertinggi Kelab Sukan & Rekreasi

Dimaklumkan Mesyuarat Tertinggi AJK Kelab Sukan & Rekreasi akan diadakan pada 14 Jun 2012 jam 12.30 tengahari bertempat di Bilik Mesyuarat SPA. Semua AJK Tertinggi diwajibkan hadir pada hari mesyuarat diadakan. Agenda mesyuarat adalah bagi membincangkan persiapan terakhir sebelum Kejohanan Badminton Tertutup Kelab Sukan & Rekreasi pada 16 dan 17 Jun 2012 bertempat di SMK Labuan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Nuzi. Sekian harap maklum.

Kedudukan Terkini Euro 2012

Group AWDLF - APnt
Russia
1
0
0
4 - 1
3
Greece
0
1
0
1 - 1
1
Poland
0
1
0
1 - 1
1
Czech Republic
0
0
1
1 - 4
0
Group BWDLF - APnt
Germany1001 - 03
Denmark1001 - 03
Portugal0010 - 10
Netherlands0010 - 10
 
Group CWDLF - APnt
Croatia1003 - 13
Spain0101 - 11
Italy0101 - 11
Republic of Ireland0011 - 30

 
Group DWDLF - APnt
Ukraine1002 - 13
England0101 - 11
France0101 - 11
Sweden0011 - 20

Friday, June 8, 2012

EURO 2012



Jadual dan Keputusan Perlawanan UEFA EURO 2012 (Waktu Malaysia)

8 Jun 2012 (Jumaat)

11:55 pm Poland vs Greece (Group A)

9 Jun 2012 (Sabtu)

2:45 am Russia vs Rep Czech (Group A)
11:55 pm Belanda vs Denmark (Group B)

10 Jun 2012 (Ahad)

2:45  am Jerman vs Portugal (Group B)
11:55 pm Sepanyol vs Itali (Group C)


11 Jun 2012 (Isnin)

2:45 am Ireland vs Croatia (Group C)
11:55 pm Perancis vs England (Group D)


12 Jun 2012 (Selasa)

2:45 am Ukraine vs Sweden (Group D)
11:55 pm Greece vs Rep Czech (Group A)

13 Jun 2012 (Rabu)

2:45 am Poland vs Russia (Group A)
11:55 pm Denmark vs Portugal (Group B)

14 June 2012 (Khamis)

 2:45 am Belanda vs Jerman (Group B)
11:55 pm Itali vs Croatia (Group C)

15 Jun 2012 (Jumaat)

2:45 am Sepanyol vs Ireland (Group C)
11:55 pm Ukraine vs Perancis (Group D)

16 Jun 2012 (Sabtu)

2:45 am Sweden vs England (Group D)

17 Jun 17 2012 (Ahad)
2:45 am Greece vs Russia (Group A)
2:45 am Rep Czech vs Poland (Group A)

18 Jun 2012 (Isnin)
2:45am Portugal vs Belanda (Group B)
2:45am Denmark vs Germany (Group B)

19 Jun 2012 (Selasa)
2:45am Croatia vs Sepanyol (Group C)
2:45am Itali vs Ireland (Group C)

20 Jun 2012 (Rabu)

2:45 am Sweden vs Perancis (Group D)
2:45 am England vs Ukraine (Group D)


JADUAL PERLAWANAN SUKU AKHIR EURO 2012


22 Jun 2012 (Jumaat)

(2.45 am)Juara Kumpulan A vs Naib Juara Kumpulan B

23 Jun 2012 (Sabtu)

(2.45 am)Juara Kumpulan B vs Naib Juara Kumpulan A

24 Jun 2012 (Ahad)

 (2.45 am)Juara Kumpulan C vs Naib Juara Kumpulan D

25 Jun 2012 (Isnin)

 (2.45 am)Juara Kumpulan D vs Naib Juara Kumpulan C



JADUAL PERLAWANAN SEPARUH AKHIR EURO 2012



28 Jun 2012 - Khamis -  (2.45 am)

29 Jun 2012 - Jumaat -  (2.45 am)

JADUAL PERLAWANAN AKHIR EURO 2012


2 Julai 2012 - Isnin - (2.45 am)












Sorotan .. Kejohanan Badminton 2010


KEJOHANAN Badminton telah diadakan pada Mei 2010. Kejohana tertutup ini disertai oleh semua ahli kelab Sukan dan Rekreasi JPWPL. Kejohanan ini berlangsung selama sebulan dan diadakan setiap hari selasa dan rabu iaitu mulai 7.30 malam sehingga 10.30 malam. Kejohanan ini dilangsungkan di dua gelanggang iaitu di SMK Labuan dan SK Pekan Satu. Walau bagaimanapun perlawanan akhir telah dilangsungkan di SM Teknik pada 23 Mei 2010. Kejohanan Badminton Tertutup Kelab Sukan dan Rekreasi bagi Kumpulan A diungguli oleh regu Sufri/Zait, Naib Juara ialah Sawal/Mohamad Rahmat. Tempat ketiga ialah Hj Yunos/ Awang Adi manakala tempat ke-empat ialah Laidin/ Ag Martin.  
Bagi Kumpulan B, Johan ialah Samsuddin/Zasni , Naib Johan Sahnuddin/Ramli dan tempat ketiga ialah Erwin/Bendry. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Mantan Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan iaitu Encik Mohd Salekhan bin Othman.. 


Gambar dari kiri, Ag Martin, Zait, Sufri dan Laidin

Futsal.. CIMB vs QPR JPWPL

PERLAWANAN persahabatan Futsal antara Cimb Labuan bertemu QPR JPWPL telah diadakan pada 11 Mei 2012 bertempat di Padang Futsal SK Bukit Kalam jam 8.15 malam. Perlawanan ini adalah bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara Kelab Sukan dan Rekreasi JPWPL dengan agensi luar. (gambar, pasukan QPR JPWPL bergambar sebelum perlawanan diadakan)

Sorotan Kejohanan Futsal 2010


MENGIMBAS kembali Kelab Sukan dan Rekreasi telah mengadakan telah mengadakan Kejohanan Futsal pada 18 April 2010 bertempat di Gelangang Futsal Tanjung Purun W.P Labuan. Kejohanan ini telah diadakan selama sehari iaitu mulai jam 2.00 petang sehingga 6.00 petang. Kejohan ini disertai SKPP, SPA, SPS, SPM, SPPK serta Pusat Ko dan pasukan Jemputan dari KTBM sekolah. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran ketika itu En Mohamad Zaki . Sebagai simbolik perasmian En Mohamad Zaki telah melakukan sepakan penalti dan penjaga gol ketika itu   ialah  Rayner Minsin. 
Selepas perasmian diadakan, perlawanan persahabatan antara pasukan pemandu bertemu pasukan pilihan  pengarah telah diadakan. Pasukan pilihan terdiri dari Encik Mohammad Zaki, Samsuddin, Nuzie, Julaily dan Ag Martin manakala pasukan pemandu terdiri daripada Hj Rajak, Roslan, Frederik, Hazmi dan Said. (gambar kanan, perebutan bola antara En. Mohammad Zaki dan Frederik). Pasukan Pusat Ko telah menjuarai kejohanan Futsal 2010 manakala Julaily Simon dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam kejohanan tersebut. Syabas kepada semua yang terlibat. Semoga kejayaan julung-julung kalinya yang diadakan ini menjadi transformasi dan inspirasi kepada kejohanan yang akan datang. (gambar bawah Julaily Simon (Pusat Ko) dinobatkan sebagai pemain terbaik)


Azman cuba melepasi benteng pemain SKPP

Terselamat pintu gol aku.. Erwin menyelamatkan gawang SKPP dari dibolosi pemain SPM/SPA

Antara aksi Mohamad Rahmat Omar (SKPP)

Kita main dekat jer .. Mohd Salekhan (mantan KS SKPP) 

Album kenangan SKPP vs SPM/SPA

Hj Rajak cuba melepasi halangan semasa pertemuan SKPP (B) bertemu Pusat Ko

Bolos akhirnya... Bendry (SPA/SPPK) berjaya menjaringkan gol menewaskan penjaga gol Erwin (SKPP) 

Pemain Pusat Ko mencuba untuk jaringkan gol semasa pertemuan dengan SPA/SPM

Antara barisan urusetia kejohanan Futsal 2010

Pasukan SKPP (A) vs Pasukan SPM/SPA

Pasukan SKPP (B) vs Pusat Ko
Pasukan SPM/SPA vs Pusat KO

Kehadiran Encik Mohamad Zaki bersama Isteri semasa kejohanan dilangsungkan

Perlawanan persahabatan antara pasukan pemandu vs Pasukan Pengarah (pilihan)

Antara aksi semasa perlawanan persahabatan 

Encik Mohamad Zaki memberikan cenderahati kepada pengadil (Encik Zulkifli Pabin, SK Rancha-Rancha)

Encik Mohamad Zaki memberikan cenderahati kepada pengadil (Encik Ag Zain, SK Tg Aru)

Tuesday, June 5, 2012

Persahabatan Bola Sepak Kelab JPWPL vs Guru-Guru Labuan

Pembukaan Liga bola sepak MSSWPL telah diadakan pada 17 February 2012 bertempat di Kolej Matrikulasi Wilayah Persekutuan Labuan. Perasmi bagi pembukaan liga tersebut telah disempurnakan oleh Puan Mistrine binti Radin, Pengarah Pelajaran. Selepas acara perasmian, perlawanan persahabatan bola sepak telah diadakan iaitu diantara Kelab Sukan JPWPL bertemu dengan guru-guru Labuan. Keputusan penuh perlawanan Kelab Sukan (1) dan Guru-Guru (3).

JPWPL vs SK Pekan 1

Perlawanan persahabatan badminton antara Kelab Sukan JPWPL bertemu dengan Guru-Guru SK Pekan Satu telah diadakan pada Januari 2012. Perlawanan persahabatan ini diadakan bertempat di Dewan Cun SK Pekan Satu. Perlawanan diadakan hanya dalam 2 set secara regu sahaja bermula jam 8.00 malam sehingga 10.00 malam. Objektif perlawanan persahabatan ini diadakan untuk merapatkan silaturahim antara staf jabatan dan guru-guru di sekolah berkenaan.