Tuesday, June 12, 2012

Latihan Badminton



BAGI persediaan Kejohanan Badminton Kelab Sukan & Rekreasi pada 16 dan 17 Jun 2012 akan datang, pasukan-pasukan yang akan bertanding sedang giat berlatih bagi menghadapi kejohanan tersebut. Sepanjang latihan yang sedang dijalankan tumpuan utama pemain ialah cara-cara mengambil servis. Ini kerana dalam pertandingan, pengadilan terhadap service akan diambil kira mengikut peraturan yang sedia ada dalam BWF.

Berikut adalah peraturan servis :



1. Kepala raket tidak boleh Iebih tinggi dari pinggang,

2. Bulu tangkis dalam keadaan dipegang,

3. Kaki tidak bergerak mendahului gerakan memukul bulu tangkis.

4. Penerima servis akan fault bila bergerak sebelum lawan melakukan servis.

5. Bulu tangkis juga menjadi mati bila terpukul dua kali,

6. Gagal melepasi jarring,

7. Mendarat di luar gelanggang,

8. Raket melewati atas net atau menyentuh net....

 
Frederik sedang cuba mempelajari cara servis bola dengan betul

Hj Razak sedang menanti servis dari Arief

Mohamad Rahmat bersedia untuk melakukan servis. Beliau merupakan Naib Juara pada kejohanan Badminton tahun 2010 bersama regunya Sawal.

Aksi bergaya Ramlli ketika melakukan servis

Jeff memerhatikan raketnya dan mungkin raket inilah yang akan membawa pasukannya ke perlawanan akhir.

Sedang memikirkan apakah strategi yang akan diguna pakai semasa pertandingan

Perbincangan bersama regu (Haris dan Arief) sambil diberi kata-kata perangsang dari Faizal

Letih selepas latihan dijalankan..

Persahabatan Sabahhawks vs QPR



BAGAIKAN mimpi!. Pengendali Sabah, Justin Ganai tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya apabila mengesahkan kunjungan Queens Park Rangers (QPR) dalam Jelajah Pra-musim pada 18 Julai nanti.

Seakan tidak percaya Pengerusi kelab QPR, Tan Sri Tony Fernandes memilih Sabahawks sebagai destinasi Jelajah Asia selepas Thailand, Justin menyifatkan perlawanan persahabatan dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sebagai satu penghargaan buat seluruh rakyat Negeri Di Bawah Bayu.

"Setiausaha Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) semalam (Khamis) telah mengadakan perbincangan selepas menerima surat tawaran daripada Kelab QPR dan kami sudahpun menerima tawaran tersebut secara lisan.

"Seluruh rakyat Sabah juga turut berterima kasih kepada Tony Fernandes serta tidak sabar untuk menanti kunjungan mereka. Malah saya juga juga sudah menerima beberapa tempahan tiket daripada penyokong tempatan meskipun harganya belum ditentukan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Tidak menyasarkan sebarang kemenangan berikutan sedar jurang dengan pelawat sangat besar, Justin bagaimanapun mahu menggunakan peluang keemasan beraksi dengan pasukan yang berada di tangga ke-17 EPL itu untuk menimba pengalaman dan juga mempelajari corak permainan anak buah Mark Hughes itu.

Sabah pernah menerima kunjungan kelab gergasi EPL, Manchester United pada tahun 1980 dalam satu perlawanan persahabatan. Perlawanan tersebut menyaksikan United menewaskan pilihan Sabah dengan jaringan 0-2.. sumber sinar harian..

Monday, June 11, 2012

Mesyuarat AJK Tertinggi Kelab Sukan & Rekreasi

Dimaklumkan Mesyuarat Tertinggi AJK Kelab Sukan & Rekreasi akan diadakan pada 14 Jun 2012 jam 12.30 tengahari bertempat di Bilik Mesyuarat SPA. Semua AJK Tertinggi diwajibkan hadir pada hari mesyuarat diadakan. Agenda mesyuarat adalah bagi membincangkan persiapan terakhir sebelum Kejohanan Badminton Tertutup Kelab Sukan & Rekreasi pada 16 dan 17 Jun 2012 bertempat di SMK Labuan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Nuzi. Sekian harap maklum.

Kedudukan Terkini Euro 2012

Group AWDLF - APnt
Russia
1
0
0
4 - 1
3
Greece
0
1
0
1 - 1
1
Poland
0
1
0
1 - 1
1
Czech Republic
0
0
1
1 - 4
0
Group BWDLF - APnt
Germany1001 - 03
Denmark1001 - 03
Portugal0010 - 10
Netherlands0010 - 10
 
Group CWDLF - APnt
Croatia1003 - 13
Spain0101 - 11
Italy0101 - 11
Republic of Ireland0011 - 30

 
Group DWDLF - APnt
Ukraine1002 - 13
England0101 - 11
France0101 - 11
Sweden0011 - 20